Cadangan untuk melegakan kesakitan Gout

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah[perlu rujukan] penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Gout http://arthritismd.com/gout.html http://ard.bmjjournals.com/cgi/content/full/62/6/4... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb29031.htm http://www.emedicine.com/med/topic924.htm http://www.healthinplainenglish.com/health/musculo... http://mysensasi.com/cara-merawat-gout/